Kelas Asas Microsoft Word (Sesi 1)
18 Oktober 2020 | Aktiviti TerkiniPada 17 Oktober 2020, Sabtu, Pusat Internet Peliau Bungai telah mengadakan Kelas Asas Microsoft Word bagi Sesi 1 bermula pada pukul 10.30 pagi hingga 11.00 pagi yang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Peliau Bungai. Kelas ini telah dihadiri oleh seorang peserta perempuan yang merupakan pelajar SK Kampung Bungai. Beliau juga merupakan ahli Pusat Internet Peliau Bungai. Antara pengisian di dalam kelas ini ialah peserta diperkenalkan dengan pengertian dan fungsi Microsoft Word, dan kegunaan setiap Option di dalam Home pada Microsoft Office. Contohnya, peserta belajar mengenai penggunaan setiap elemen dalam kelas “Font” dan “Paragraph”. Latihan Microsoft Word bagi sesi ini dilakukan pada kelas seterusnya untuk memudahkan peserta memahami apa yang dipelajari di dalam kelas ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: